Total Pageviews

Friday, June 24, 2011

Salah ke betul ni?

Dulu Kala….

Salah ke aku mula sukakan kau sejak pertama kali kita bertemu?
Salah ke aku menghantar message kpd mu?
Salah ke aku luahkan segala isi hatiku dulu?
Salah ke aku ambil kau dalam hidupku?

Salah ke aku meredah jalan berbatu-batu hanya untuk mu?
Salah ke aku berjumpa ibu mu?
Salah ke aku berjanji kepada ibumu untuk menjaga mu?
Salah ke mengambilmu dari rumahmu?

Salah ke membawamu menonton movie?
Salah ke membawamu makan ditempat yang kamu xpernah pergi?
Salah ke membawamu ke tempat pemandangan yang belum kau kunjungi?
Salah ke aku berikanmu gelang untuk kau hiasi?

Salah ke ambil kau dalam hidup ini?
Salah ke aku berikan cincin di jari?

Salah ke aku selalu ada untuk kau?
Salah ke aku bakar semangat kau?
Salah ke aku nasihati kau?

Salah ke aku maafkan semua dosa kau?
Salah ke aku bersabar dengan sikap kau?
Salah ke aku memberi peluang seribu untuk kau?
Salah ke aku lupakan semua kesalahan kau?
Salah ke aku tegur demi kesempurnaan kau?
Salah ke aku berdiam dengan kemarahan kau?
Salah ke aku menahan sebar kerana kau?
Salah ke aku terima maki hamun kau?
Salah ke aku rela diherdik kau?

Salah ke aku perlukan penghargaan dari kau?
Salah ke aku perlukan penghormatan dari kau?
Salah ke terima kasih keluar dari mulut kau?
Salah ke aku berkorban demi kau?
Salah ke aku tidak pernah katakan no pada kau?
Salah ke aku jadi tmpt kau berlindung?
Salah ke aku adalah tempatmu bermurung?

Salah ke bahu ini menadah air matamu?
Salah ke mulut ini sentiasa berpesan padamu?
Salah ke tangan ini menadah doa untuk mu?
Salah ke aku memastikan keselamatanmu?
Salah ke diri ini ingin mengahwinimu?

Sekarang…

Betul ke kau rimas dengan ku?
Betul ke kau benci padaku?
Betul ke kau buang aku untuk menjaga hati orang selain diriku?
Betul ke tiada langsung sayang padaku?

Betul ke tindakan mu ini?
Betul ke kau berpuas hati?
Betul ke kau sudah menjauhi hati ini?
Betul ke kau boleh hidup tanpaku ini?
Betul ke kau memusuhi diri ini?

Betul ke kawan-kawan lagi penting dari ku ini?
Betul ke hati kawan lagi perlu dijaga dari hatiku ini?
Betul ke kau tidak rasa kehilanganku ini?
Betul ke tangisan kawan lagi bermakna dari tangisan ku ini?
Betul ke keputusan yang kau lakukan ini?

Akan datang…..

Salah ke hati aku masih menyayangi kau?
Salah ke hati aku masih rindukan kau?
Salah ke hati aku masih cume ada kau?
Salah ke aku ingin manjekan kau?

Salah ke aku ingin  beri semua kasih sayang hanya untuk kau?
Salah ke diri ini hanya menunggu kau?
Salah ke hati ini terbuka hanya untuk kau?

Yang mungkin terjadi…
Salah ke jika hati ini tiada lagi untuk kau?
Salah ke jika hati ini bersemadi tanpa kau?
Salah ke jika aku pergi dulu sebelum kau?

Salah ke jika apa yang aku buat selama ini akan kau rindui?
Salah ke tatkala aku terlintas di fikiranmu nanti aku sudah tiada lagi untuk kau?
Salah ke jika 1 hari nanti aku tiada lagi untuk kau?
Salah ke jika aku pergi tanpa menatap wajahmu?
Salah ke jika aku menyusur langkah di belakang abah?

Maafkan aku..aku xpernah mampu jadi yang terbaik untukmu..tetapi aku mampu memberi sepenuh kasih sayang kepadamu….


Dan salah ke aku tulis ini untuk kau?

---Samlaila 2011---

5 comments:

Mohd Ilman said...

Hi dr love..selami hati..selami jiwa selami lautan dalam..

syud said...

ini kalo dr.love kat xfm dgr ..bolih letak jawatan dia hahaha..

hafizul fahmy said...

kes buang bayi ni

Anonymous said...

angau habis2 dah ni

Amirul Faiz said...

ilman a.k.a kebab..hahaha....mcm haram..tggu entry panggilan hangit nnti..

syud...aku keje part time jd dr love..free of charge

fahmy...ape kes?

kapten atok..haha..entry ni untuk ko..ko kn sdang menanti awek ...